Thursday, October 15, 2009

ESQ MCB - 10 & 11 Oktober

ESQ MCB - 10 & 11 Oktober

ESQ Mission & Character Building.. sinambungan dari ESQ165 Executive Training..

Dalam ESQ165 Training, kita dibukakan pemikiran, kenapa Allah ciptakan kita di muka bumi ini.. kenapa kita perlu berpegang teguh pada 165 iaitu : 1 - Ehsan.. 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam.. bagi aku yg jahil, segalanya dibuat kerana disuruh tanpa tahu mengapa kita perlu buat.. dari ESQ165 Basic Training aku temui siapa diriku.. kenapa aku diciptakan..

Dalam ESQ MCB, aku dilatih bagaimana untuk membina jati diri dan kemana arah hidupku.. dan sekarang aku yakin kemana hala tujuku.. dan apa yg akan aku perjuangkan dalam perniagaanku.

Terima kasih Ya Allah kerana menggerakkan hatiku untuk ke Training ESQ.. dan akan aku lengkapi Training ini hingga peringkat tertinggi..

pada sahabat-sahabatku sekelian.. marilah kita kenal siapa diri kita.. dan apa tujuan hidup kita.. jika anda tidak tahu ke mana hala tuju, insya Allah anda akan temuinya dalam Training ESQ165.. SUbhanallah..

Location: MATRADE Jln Duta



Posing kat signboard dulu.. Sayalah Alumni ESQ MCB Angkatan 7, Kuala Lumpur

Pembukaan.. MC - Muqarrabin, Pendaki Everest tu..

Dr Ary muncul dalam gelap.. Ya Rabbi.. rasa nak gugur jantung bila lilhat wajah Dr Ary Ginanjar Agustian secara LIVE!


Kat Training ni takleh ambil gambar.. tapi aku curi curi snap gak, nak kongsi dengan kengkawan.. Jgn Marah pak Ari.. Ya AMpun!!!


Tetamu VIP - Dr Rubiah, penceramah motivasi.. beliau juga Alumni ESQ..


gambar blur sebab curi curi snap.. bersama geng sekumpulan..

Lepas penat duduk, kena exercise.. boxing style Mohammad Ali.." Float like a butterfly, sting like a bee."

Dr Ary pun ada tu..


ok.. lagu Kapiora plak.. bersama Mr Zero..

Dr Ary menyambung penyampaiannya.. tiap bait kata-kata dan ayat Dr Ary ni harus didengar dengan khusyuk.. rugi jika terleka..

Dr Ary & Muqorrabin bertinju ala Mohammad Ali


tapi kan.. Qobin tak tergamak tumbuk Dr Ary.. sifoo tuh..


Aksi " Float like a butterfly, sting like a bee."


Salah satu pengisian dalam Training...


Bersama sahabat Alumni ESQ dari Putrajaya & Bangi.. geng dari Angkatan 37.. bersama semula dalam Angkatan 7 MCB.. dan akan bertemu lagi di Training akan datang..


Terima Kasih Pak Ary.. kami bersyukur pada Allah kerana dibukakan hati untuk terus mengikuti Training ESQ.. akan kami sebarkan kepada mereka yang kami kenali dan sayangi untuk terus hidup di Landasan 165.. INsya Allah..









Sunday, October 4, 2009

Raya Aidilfitri 2009 & Cuti Cuti Malaysia @ Langkawi..

lama tak update Blog.. bulan puasa, aktiviti kurang.. nak update gambar raya.. tahun ni byk sket bergambar sebab kj pun rajin enterframe.. maklumle, nak masuk kat facebook.. hehehe..












raya ke 5 kami sekeluarga bawak diri ke Langkawi.. rehat le plak beb! release stress, rehat minda, cuci poket.. hehehe...