Mood rajin mari.. Jom le kita update Blog.. haritu dah janji nak kerap update Blog kan..
Topik hari ini - Penapis Air Oh Penapis Air..
Mood Rajin mari sebab harini - 5 Januari 2014 kitorang close sale 2 biji RxWater Ozon.. Syukran! Syukran!
Soalan : Penting ke penapis air kat rumah? Takde penapis air pun, boleh gak minum kan..
Ye Betul! Tapi air kat Ampang ni kan, kengkadang berkeladak.. Bila takung air, kengkadang mendak warna coklat kat bawah tabung air tu..
Banyak info tentang penapis air, jadi kitorang pun mencari dan terus mencari. Macam macam brand ada! Kebetulan bila buat biz dgn Dr Noordin, kitorang pun dalami ilmu Air..
Sebelum nak share info, ni gambar filter kat rumah kitorang... ni baru sebulan tak cuci.. lawa kan, cam Katrij celup coklat..
Uniknya RxWater
Ia menghasilkan air Mineral
Tengok Pencetus Ummah?
Kelebihan Air Anugerah
Beralkali, Bermineral dan Keluaran Muslim
Value itu ada pada RxWater
Air Anugerah dijual dalam botol
RxWater pula Penapis Air
utk dipasang di rumah
Sebagai orang Islam, mencari yang Halal itu Fardhu! Dan Air terbaik adalah air yang mengandungi sedikit mineral dan beralkali. Aku takmo nak cari pasal dgn penapis air R.O., cikgu aku tak ajar cam tu..
Setelah Yaqin dan Percaya dengan RxWater, kitorang pun pilih untuk pasang kat rumah kitorang..
Ok, meh nak kongsi Value yang ada kat RxWater ni..
Iqra' - Bacalah! Ilmu hanya akan masuk kalau kita rajin membaca. Kalau malas nak baca & nak tau Info, meh call kitorang - 0133696659 - Mr KJ akan jawab.. Call aku, aku kengkadang tak angkat henpon.. hehehe
Nak jual produk harga ribu ringgit, info kena panjang berjela.. Bila orang Search RxWater dan jumpa web kita, mereka akan baca A to Z.. bila Info lengkap, call masuk, terus suruh pasang je... tu yang syiok tu!
Ok.. teruskan membaca!
RxWater - sistem penapis air terbaik di Malaysia - pilihan bijak bg umat Islam!
MUKADDIMAH :-
Mengapa kita perlukan penapis air dirumah?
Setiap hari kita dan orang yang tersayang sentiasa sibuk dgn pelbagai aktiviti. Dan adakah kita juga sedar bahawa setiap hari hidup kita bergantung pada air? Namun kadang-kadang walaupun kita rasa kita dah jalani hidup sihat, kita dan orang orang tersayang masih tidak terlepas dari penyakit dan kita tertanya Tanya kenapa aku masih sakit sedangkan aku bersenam dan jalani gaya hidup dan pemakanan yang sihat.
Ramai dari kita kita tidak sedar punca kebanyakan penyakit adalah berpunca dari air yang kita minum setiap hari. Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa air yang kita guna yang minum, mencuci dan memasak itu datang dari sumber yang tercemar seperti sungai, empangan, tangki air dan sebagainya. Air yang keluar dari paip rumah kita tidak terlepas dari klorin, kuman, najis, karat, keladak dan kimia. Bahan-bahan ini adalah menjadi punca penyakit yang kita alami.
Bagaimana pula dengan makanan yang kita makan setiap hari?
Sayur, buah-buahan yang sentiasa terdedah dengan racun serangga dan kimia. Ayam dan daging pula disuntik dengan hormone dan anti biotik. Ikan dilaut pula tercemar dengan merkuri, plumbum dan bahan kumbahan industri. Jadi apa lagi yang selamat dimakan?
Sanggupkah anda mengorbankan kesihatan diri dan mereka yang tersayang?
Dr. Noordin Darus merupakan seorang doktor perubatan, pakar motivasi dan perunding kesejahteraan yang cukup terkenal. Sebagai ketua perubatan di Majlis Sukan Negara beliau telah membantu atlet-atlet tanah air mencapai prestasi maksima di medan sukan. Selepas meninggalkan Majlis Sukan Negara, beliau menjadi perunding kesejahteraan melalui seminar-seminar bersama syarikat-syarikat terkemuka. Dr. Noordin Darus juga sering muncul di kaca TV, radio dan artikel surat khabar mahupun majalah berkaitan isu-isu kesihatan dan kesejahteraan. Oleh itu, diagnosis doktor pada tahun 2001 yang mengesahkan beliau menghidap penyakit kanser darah merupakan satu kejutan. Beliau harus melalui perit rawatan kanser, menyebabkan kemusnahan sel-sel darah dan kehilangan rambut serta penurunan berat badan secara mendadak. Tatkala melalui detik-detik getir ini, Dr. Noordin Darus tidak pernah patah semangat dan menyerah kepada kata-kata doktor sahaja. Beliau tertanya-tanya bagaimana seorang doktor dan pakar kesejahteraan yang menjaga makan dan minum dan sentiasa bersenam masih boleh menghidap kanser
Kajian beliau mendapati bahawa salah satu punca kanser datangnya daripada sumber air yang mengandungi bahan-bahan radikal seperti klorin. Dari situ beliau mula berminta mendalami Terapi Air yang ketika itu masih di peringkat permulaan. Jelas pada beliau bahawa ketika sedang mengalami rawatan kanser, air yang berbeza memberi tindak balas berbeza terhadap tubuh badannya. Kalau minum air masak sahaja, beliau lebih mudah rasa sakit dan mual selepas rawatan kemoterapi. Tetapi kalau minum air seperti air zam-zam, reaksinya positif. Pemahaman ini membuatkan beliau semakin teruja meneroka teknologi penapisan air.
Dengan penyelidikan sendiri dan modal daripada simpanan, beliau mula mengeluarkan prototaip sistem penapisan yang mengaplikasikan teknologi dan teknik yang bersesuaian dengan falsafah beliau. Cukup menarik apabila beliau mendapat reaksi positif terhadap air tersebut dan mula bersemangat untuk berkongsi kehebatan air ini kepada pesakit-pesakit yang lain. 6 bulan selepas memulakan rawatan kanser dan beberapa bulan selepas memulakan Terapi Air, Dr. Noordin Darus kembali aktif mencari peluang mengembangkan penemuan ini. Dari situlah bermulanya produk RxWater. Rx merupakan satu simbol unik yang digunakan oleh doktor-doktor perubatan apabila menulis preskripsi. Dan penggunaan Rx dalam RxWater amatlah sesuai kerana dari permulaan, produk ini unik kerana ianya bukan sekadar penapis air biasa tetapi menjanjikan air yang bersih lagi menyihatkan. Dikenali sebagai Air Aura pertama di pasaran, keberkesanan produk RxWater membuatkan semakin ramai individu berkongsi kisah RxWater kepada rakan masing-masing.
Sehingga ke hari ini, lebih 200,000 pengguna telah merasai nikmat dan kelebihan minuman air Rx-Water®. Kini, setelah 7 tahun berlalu, Dato' Dr. Noordin kembali memperkenalkan evolusi di dalam Rx-Water® untuk memenuhi permintaan pasaran dan kehendak semasa dengan The All New Rx-Water® - sistem air 2 dalam 1 yang Unik, Suci dan Berkesan.
Penggunaan RX water juga kini terdapat di:1. Istana N.Selangor - 7 unit
2. Istana N.Johor - 13 unit
3. Istana N.Kedah - 8 unit
4. Kediaman PM di Putrajaya - 2 unit
5. Kediaman Men.Kesihatan - 2 unit
6. Kediaman MB Kelantan - 1 unit
7. Beribu-ribu orang guru dan banyak lagi…
The All New Rxwater
Sistem penapisan RxWater yang memang telah terkenal sejak 9 tahun lalu dan lebih dari 200,000 pengguna mendapat faedah Terapi Air Penyembuh Aura kini kembali dengan teknologi terkini dan manfaatnya lebih berkesan. Menggabungkan 2 teknologi dalam 1 The All New RxWater Sistem menjaminkan gaya dan kualiti hidup lebih sihat dan bermakna. Ia bukan sekadar penapis air.
The All New RxWater adalah sistem penapisan air yang pertama di dunia yang menggunakan Bamboo Qun iaitu sejenis zat yang terdapat di dalam buluh. Zat ini bukan saja boleh melazatkan air malahan boleh membunuh kuman tanpa menggunakan bahan kimia dan ia juga boleh meningkatkan aura air. Kuasa Far Infra Red yang terdapat dalam Bamboo Qun boleh memberi tenaga seumpama tenaga matahari. Ilmu dan rahsia ini tersimpan sejak tahun 1486 oleh dinasti Ming dan kini dibongkar semula untuk manfaat kita bersama.
Melalui katrij yang digunakan agen Bamboo Qun ini mampu mencegah pertumbuhan bakteria dengan lebih cepat dan efektif daripada penapis air biasa yang menggunakan karbon dan juga arang. Apatah lagi dengan pertambahan bebola Kristal dan pemindahan maklumat yang diserapkan dalam katrij katrij yang berkenaan.
Yang membuatkan The All New RxWater lebih istimewa ialah ia datang bersama sistem Rx Ozonizer. Dengan hanya menekan satu butang sahaja kita boleh menggunakan Rx Ozonizer untuk membasuh semua jenis makanan. Rx Ozonizer bertindak untuk membersih makanan dengan membunuh bakteria, kulat, virus, mencuci semburan kimia, antibiotic, hormon pembesaran, menghilangkan bahan pewarna, pengawet dan lain lain.
Ozonizer juga bertindak sebagai bahan pencuci Sterilisasi dan amat berkesan untuk mencuci alatan bayi tanpa menggunakan sabun berkimia. Rx Ozonizer juga mampu menghilangkan bau bauan yang kuat seperti durian, belacan, hanyir ikan dan bila digunakan utk berkumur, ia membantu menhilangkan bau mulut.
The All New RxWater bukan saja memberi teknologi dan kesihatan yang baik, bahkan satu gaya hidup moden dan terkini. Ia bukan sekadar penapis air!
Jika anda fikirkan kesihatan itu mahal, cubalah kesakitan! The All New RxWater.. Unik, Suci, Berkesan!
KEUNIKAN RXWATER
- Agen Bio-Aktif Bamboo-Qun yang pertama seumpamanya di Dunia dan dipatenkan oleh Worldwellness Network - Ia diadaptasikan dari teknologi zaman Dinasti Ming pada tahun 1428 yang menyimpan air yang diambil dari perigi Diraja dan disimpan di dalam Buluh khas. Zat bio-aktif Buluh adalah 10 kali ganda lebih kuat dari Arang kayu atau Arang Tempurung. Air yang tersimpan ini menjadi begitu bersih & selamat kerana agen bio-aktif Bamboo-Qun ini 'hidup dengan memakan bakteria'. Di samping ianya memberi rasa sedap dan Tenaga FIR semulajadi kepada Air
- Biominex Beads pula mengion & mengalkali Air dan menghasilkan pH air dari 8 ke 8.5 di samping Activated Carbon yang menyerap bau-bauan, warna & bahan toksik seperti Klorin
- Teknologi Crystal Ball mewujudkan Pemindahan Tenaga & pengaktifan penyembuhan semulajadi ( ia sama seperti batu-batuan kristal mahal yang dijual di kedai2 kristal yang mempunyai nilai Terapeutik)
- The All New RxWater bukan sahaja menapis air minuman dan menghasilkan air berkhasiat, tetapi ia juga mampu mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian. One Touch Technology pada Plat elektronik menggunakan kuasa rendah untuk menghasilkan Ozon pada konsentrasi 0.125-0.255 ppm untuk digabungkan bersama RxWater. Ia merupakan Food Detoxifier & Sterilizer yang hebat.
- Keistimewaan Rx-Ozon berfungsi mengeluarkan air padat Ozon untk membasmi kuman, bakteria, bahan kimia & bau dalam penyediaan makanan dan kegunaan harian.
- Air padat Ozon bertindak 3000X lebih kuat dari Klorin (tanpa bahaya seperti Klorin)
- Menghilangkan kotoran, bahan kimia, racun, bakteria & Virus. Ia bertindak sebagai sterilizer
- Menghilangkan bau, bahan pengawet, racun kulat, racun serangga pada Sayur-sayuran, buah-buahan dan makanan2 lain (dengan merendamnya ke dalam air padat Ozon)
- Mengekalkan kesegaran makanan
- Menghilangkan bau hanyir pada ikan (terutama ikan air tawar) dan makanan2 laut lain
- Menghilangkan bau-bau yang melekat pada tangan seperti bau Durian, bawang putih, belacan dll dengan hanya membasuhnya dalam 1 minit sahaja tanpa menggunakan sabun
- Menghilangkan bau yang tak sedap pada mulut (bau petai, Jering, Durian, bau tar rokok dll) dengan berkumur-kumur dengannya dan bau badan yang kuat dengan menyapu bahagian tubuh dengan air Rx-Ozone
- Pensteril botol bayi, peralatan dapur, tub mandi, sudu, senduk & garfu, berus gigi, sinki, mainan kanak-kanak, lantai, akuarium, sesuai digunakan di Spa, menghilangkan bau 'hancing' pada lantai bilik air dengan hanya satu siraman sahaja tanpa perlu disental selain boleh diguna untuk merendam pakaian bagi menghilangkan bau hapak & kotoran pada pakaian (malah lebih hebat dari menggunakan peluntur seperti Clorox dll tanpa apa2 kesan kimia yang 'tajam' pada kulit kita dari bahan Klorin konsentrasi tinggi).
- Air Rx-Ozon juga boleh digunakan untuk perawatan muka yang berjerawat, berjeragat, menyembuhkan kudis, luka, jangkitan kulat pada kulit seperti panau, atheletes foot, kurap dll selain bagus untuk digunakan untuk berkumur-kumur bagi menyembuhkan sakit tekak, bisa2 dari luka2 dalam mulut dll. Hebat kan?
- Tetapi jangan risau. Kita telah difahamkan melalui Ilmu tentang 'Air Hidup' RxWater sebelum ini bahawa Air Hidup akan mati jika terkena arus Elektrik. Air RxWater dalam Sistem 2 dalam 1 The All-New Rx-Water ini tidak akan terkena arus Elektrik selagi kita tidak tekan butang untuk mengeluarkan Rx-Ozone. Oleh itu, kita mendapat 2 manfaat yang berbeza dalam satu alat.
CIRI-CIRI UTAMA RX-WATER
- Sedikit beralkali (pH 7.6 – analisis oleh Sirim) - oleh itu air yang ditapis oleh Penapis RxWater membantu menyerap asid yang terhasil selepas metabolisma badan dan seterusnya dibuang melalui perpeluhan dan perkumuhan
- Mengandungi antioksidan – ini membantu mencegah kanser dari berlaku dan membantu untuk awet muda
- Sifat alkali dari air yang ditapis dengan penapis RxWater - mampu mengubah radikal bebas kepada oksigen untuk kegunaan badan. Air yang ditapis dengan penapis
- RxWater mengandungi oksigen yang tinggi
- Penggunaan sinaran infra merah semulajadi - membantu memecahkan molekul air dan menjadikan molekul air yang lebih halus seperti penghasilan pai water yang mudah diserap oleh badan
- Merangsang metabolisma tubuh – melalui penghasilan ‘Aura’ sewaktu proses penapisan
- Mempunyai sifat air yang terbaik dan membantu menguatkan daya ingatan
- Mengandungi Vitamin B2, B3, C, D, dan K. Kandungan mineral utama (sehingga 30 mineral) yang terdapat didalam air dikekalkan pada kadar yang optimum bagi mengelakkan risiko kekurangan atau berlebihan nutrient
- Air yang ditapis dengan penapis RxWater juga disahkan megandungi protein untuk tenaga tambahan
- TIADA KESAN SAMPINGAN – penggunaan penapis Rx-Water membantu anda memperolehi kesihatan yang lebih baik
- Pusingan air lawan jam berkonsepkan tawaf mengelilingi Kaabah
- Penapis Rx-Water juga menyamak air untuk memastikan kesuciannya
- Direka dan dikaji sendiri oleh Doktor perubatan yang pernah menghidap penyakit Kanser iaitu Dr Noordin Darus
- Kawalan mutu bertaraf antarabangsa walaupun penapis RxWater ini adalah buatan tempatan
- Penapis RxWater ini juga disokong oleh Program Well for Life dan Falsafah Kesejahteraan Sepanjang Hayat
- Mudah dipasang dan dikendalikan serta menjimatkan ruang – kerana saiz penapis RxWater yang kecil
- Dijamin halal - kerana ia adalah produk buatan syarikat Bumiputera Malaysia. Kandungan bahan penapis didalam setiap katrij menggunakan bahan yang bersih dan halal sahaja
Fungsi Setiap Katrij
The All New Rx Water mempunyai 4 tabung dan 13 penapis.. dan setiap penapis mempunyai fungsi tersendiri. Berikut adalah info dan fungsi setiap penapis ini, seperti yg diterangkan oleh Dato Dr Noordin Darus semasa taklimat The All New Rx Water..kumpulan molekul air untuk serapan mudah oleh sel badan. Bebatu Mineral menambah kandungan mineral dalam air.
- KATRIJ 1 - Penapis Utama
Penapis seramik bertaraf antarabangsa menghapuskan kotoran kasar dan halus serta bakteria air.
Katrij 2 - Penapis Sekunder Activated Carbon
Berfungsi untuk menyerap bau-bauan, warna dan bahan toksik seperti klorin. Biominex Beads pula meng-ion dan mengalkali air.
Katrij 3 - Detoksifikasi dan Mengalkali
Menghapuskan logam berat dan bahan radioaktif sementara membuang kulat, patogen & menghalang pertumbuhan bakteria.
KATRIJ 4 - Kumpulan Molekul Mudah Serap
Seramik Tenaga Aura memberikan tenaga getaran kuat pada air yang memecahkan lebih kecil kumpulan molekul air
Nak Diskaun? Boleh! Hubungi kami!
Berhati-hati Bahan Seramik Tulang dalam Penapis Air
Ramai para pengguna Islam tidak menyedari tentang fakta bahan Seramik yang banyak digunakan di dalam kebanyakan alat sistem penapis air yang terdapat di pasaran.
Bahan Seramik ini biasanya terdapat pada bahagian pertama mana-mana sistem penapis air.
Ia berfungsi untuk menyaring bahan lumpur, lumut, microorganisma dan bahan-bahan cemar yang besar sebelum melalui proses penyaringan berikutnya.
Akan tetapi satu hakikat yang perlu disedari oleh kesemua pengguna Islam ialah banyak bahan Seramik yang ada di pasaran diperbuat dari bahan ‘Tulang Haiwan’ yang dihancurkan, diproses secara mampatan serta dibentuk seperti tiub untuk dipasang pada kartrij sistem penapis air.
Fakta kedua yang lebih menakutkan ialah ada juga bahan ini diperbuat dari tulang Khinzir. Ramai jurujual sistem-sistem penapis air pun tak tahu tentang fakta ini.
Dr. Noordin menyedari dan menginsafi perkara ini dan memberikan alternatif kepada para pengguna Islam untuk memilih sistem beliau, RxWater yang beliau reka sendiri dengan menggunakan bahan Seramik yang diperbuat dari Batu bermutu tinggi.
Ia lebih Selamat & Suci.
Bagaimana nak mengenal bahan seramik dari tulang?
Mudah, tetapi ianya perlu diperiksa sebelum sistem itu dipasang di rumah anda dan sebelum memasukkan air ke dalam system tersebut.
Buka alat kartrij Seramik tersebut dan gosok sedikit dengan jari anda. Jika anda lihat ada serbuk putih pada jari anda, bermakna ianya diperbuat dari Batu. Akan tetapi, jika ianya terasa agak licin & sukar untuk mengeluarkan serbuk padanya, maka kemungkinan besar ianya adalah diperbuat dari Tulang.
Bahan tulang ini efektif, murah & mudah didapati di dalam pasaran. Oleh yang demikian, banyak syarikat pengeluar alat penapis air ini menggunakannya.
Cubalah renungkan, hampir 90% alat penapis air di pasaran negara kita adalah diimport terutamanya dari negara-negara Timur seperti Taiwan, Jepun & Korea.
Malah produk penapis yang datang dari negara2 Barat pun menggunakan bahan-bahannya yang diproses di China & Taiwan.
Sistem rawatan Air berAura Rx-Water adalah satu-satunya sistem dalam sejarah yang dihasilkan oleh seorang doktor pakar Muslim yang mana beliau sendiri mengharungi penyakit Kanser yang serius dan diberi ilham oleh Ilahi dengan penemuan unsur Tanah liat & Air suci & mempunyai unsur tenaga (semasa bertarung dengan Kanser dulu) dan menghasilkan sistem ini untuk dirinya sendiri pada mulanya (sehingga beliau sembuh dengan izin Allah) dan kemudian dimanfaatkan oleh orang lain.
Kebenaran ini juga telah diperakui dimana RxWater ini mempunyai sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JAKIM.
AMACAM? NAK ORDER?
Pakej-pakej pembiayaan RxWater yang lengkap disediakan untuk kemudahan anda!
- Skim Pembayaran Kad Kredit (Bayaran Terus) - Pembayaran Kad Kredit boleh diproses di Ibu Pejabat atau Stokis-stokis. Sila semak jadual di belakang untuk senarai Bank yang terlibat.
- Skim Pembayaran Kad Kredit Ansuran (Ezy-Payment) - Bayar secara bulanan melalui Skim Ezy-Payment TANPA FAEDAH.
- Terkini : WorldWellness telah mencapai kata persetujuan untuk menawarkan perkhidmatan Ezy-Payment kepada pengedar melalui pengisian borang (tanpa perlu membawa pembeli ke HQ) sahaja.
Selain
dari belian secara tunai, kami juga menyediakan kemudahan Skim Ezy
Payment untuk pelanggan bagi pemegang Kad Kredit berikut :-
* Maybank - 6 bulan & 12 Bulan
* Ambank - 6, 12 & 24 bulan
* Public Bank - 6 & 12 bulan
* CIMB Bank - 6 & 12 bulan
* Hong Leong Bank - 6 & 12 bulan
* HSBC & MBF) - 6 & 12 bulan
Pelan Pembiayaan 0% Rx-Water - Diproses Melalui Pengisian Borang sahaja (Pemegang kad tak perlu hadir ke HQ)
* Hong Leong Bank - 6 & 12 Bulan
* AmBank - 6 & 12 Bulan
* Public Bank - 6 & 12 Bulan
* Maybank - 6 bulan
* Bank Islam - 12 & 24 Bulan
* Maybank - 6 bulan & 12 Bulan
* Ambank - 6, 12 & 24 bulan
* Public Bank - 6 & 12 bulan
* CIMB Bank - 6 & 12 bulan
* Hong Leong Bank - 6 & 12 bulan
* HSBC & MBF) - 6 & 12 bulan
Pelan Pembiayaan 0% Rx-Water - Diproses Melalui Pengisian Borang sahaja (Pemegang kad tak perlu hadir ke HQ)
* Hong Leong Bank - 6 & 12 Bulan
* AmBank - 6 & 12 Bulan
* Public Bank - 6 & 12 Bulan
* Maybank - 6 bulan
* Bank Islam - 12 & 24 Bulan
Memiliki RxWater? Tak tahu nak beli Katrij dari mana?
Order online dari kami!
Penghantaran ke seluruh negara! Hubungi : Hairi - 013 3696659.
AMARAN! Kesihatan anda mungkin terjejas jika anda tidak menggantikan Katrij yang telah tamat tempohnya!
Katrij RxWater perlu ditukar mengikut jadual berikut :-
- Katrij 1 – 1 tahun
- Katrij 2 – 1 ½ tahun
- Katrij 3 – 2 tahun
- Katrij 4 – 3 tahun
Harga Katrij RxWater :
- Katrij 1 : RM120
- Katrij 2 : RM240
- Katrij 3 : RM270
- Katrij 4 : RM450
- Katrij 1, 2, 3 & 4 : RM1,020.00 (harga asal RM1,080.00)
Harga Katrij The All New RxWater
- Katrij 1 : RM120
- Katrij 2 : RM240
- Katrij 3 : RM400
- Katrij 4 : RM550
- Katrij 1, 2, 3 & 4 : RM1,250.00 (harga asal RM1,310.00)
* Kos penghantaran / servis - akan diberitahu kemudian
Perkhidmatan yang kami disediakan :-
1. Servis RxWater (lama dan baru)
2. Tukar Katrij (1, 2, 3 & 4)
3. Menjual Katrij RxWater secara online di mana saja
4. Menguruskan Trade In Rxwater lama dengan The All New RxWater
* Khidmat Servis RxWater dan tukar Katrij di sekitar Lembah Klang. Sekiranya anda berada di luar Lembah Klang, hubung kami utk agen terhampir.
FB Page kitorang :- https://www.facebook.com/PusatServisRxWater
Website : www.ekinwellness.com