Monday, October 17, 2011

Jaga Booth di Halfest PWTC


kronik punya bersawang blog ni.. lupa terus yg daku memiliki blog ini.. tapi takpela.. update balik la kalau rajin..

kalau selama ni aku & geng Ekin Wellness berurusaniaga di alam maya, kali ni kitorang turun ke alam nyata utk Booth Promosi.. kat sini kira cam buat praktikal utk asah skil komunikasi dan tingkatkan keyakinan diri gitu.. Terima kasih kepada pihak syarikat sebab sudi menaja Booth utk Usahawan WWN melakukan promosi. Boleh dikatakan booth kita meriah dan disinggahi ramai pengunjung yg berminat dgn RxWater dan RxYoung Drink. Aku ni dah le jarang bercakap, sekali bila jaga booth dan bagi explaination pasal produk kat customer, pancit suara haku.. nasib baik le akak yg aku usha utk RxWater tu nak servis Katrij.. berbaloi le lenguh mulut pun..

banyak betul Booth kat Halfest ni.. yg paling best tempat aku merayap kat bahagian pakaian yang jual tudung.. abih juga le ratusan ringgit duk shopping tudung terutamanya Pearl Haya.. ada less 20% tu beb! pas tu dapat lagi tudung free.. lunch memang takyah gi makan.. gi merayap je kat booth jual makanan tu, ambil tester.. singgah 20 gerai, confirm dah kenyang.. ahaks!









No comments:

Post a Comment