Tuesday, July 25, 2017

Jom main masak-masak - Aglio Olio

Teks dan foto : Syikin Jana



Anak-anak tak mahu makan nasi malam ni.. Jemu makan banyak sepanjang jemputan Rumah Terbuka waktu makan tengahari & petang tadi barangkali.



Ibu : Habis tu nak makan apa ?

Aina & Aisya : Selain dari Nasi boleh ibu? 


Ibu : Spaghetti ok ke?

Aina & Aisya : Ok! 



.
Buka peti ais, tengok apa yang ada. Yang terlintas di minda, sedapnya kalau masak

Aglio Olio Udang beserta produk #KhayrBrand Sosej dan Beef Slice @ Beef Bacon


Bahan-bahan :-
.
Hair Spaghetti
5 biji Bawang putih
4 ekor Udang
2 batang Sosej Khayr
3 keping Beef Bacon Khayr
5 batang Asparagus
3 biji cendawan butang
Carrot
Serbuk Parsley & Oregano
.


.
Cara masak :-

Celur hair spaghetti & sosej sampai lembut, toskan. .
Tumis bawang putih sampai separuh garing, masukkan udang & sayur. Jangan lupa letak garam!

Bila sayur dah layu, garam. masukkan spaghetti tadi & taburkan serbuk Pasley & Ogegano.
.
Beef Bacon goreng di kuali lain sampai garing, gunting & taburkan atas Spahgetti yg dah sedia untuk di hidangkan.
.

Senangkan! Makan kat kedai mahal, makanya ibu google le resepi sebab anak anak suka makan. Makan kat kedai mau RM15 - RM20 sepinggan ni!

.
.

No comments:

Post a Comment