Usahawan Internet Sepenuh Masa, menjalankan Bisnes Produk Makanan Muslim khususnya Produk Frozen Food. Blog ini adalah catatan perjalanan Bisnes, Aktiviti Harian, Hobi, Masak, Makan, Travel & Family.. FB : Khayr Trader & IG : LuvMasakLuvMakan
Wednesday, April 22, 2009
Percutian di Kota Kinabalu..
suka bebeno Aina & Aisya duk kat troli tu..
Lepas check in, lapo le plak.. ko tgk aku sengih tu bukan sebab tak pernah makan mihun.. tapi senyum sebab mihun sebekas tu rege RM11.50.. hehehehe..
.
snap sekeping dalam flight sebelum kena off henpon.. kecik kecik lagi aina & aisya dah merasa naik kapal terobang
Malam pertama kami stay kat Beverly Hotel.. sebab dah kepenatan kan, tak sempat nak posing mosing.. ni gambar pemandangan mentari merah diufuk timur dari bilik kami..
Malam kami dinner bersama upline DCL, CD Kris & Family.. TQ kat atok Kris & wife bawak kami jalan-jalan pusing KK malam tu.. ala ala tourist guide tunjuk kat mana nak shopping..
19 April 2009 - Kami cari pasar tamu kat Putatan.. tetiba alamak! ada DCL la.. kami singgah le ngintai.. time tu CA Said tgh buat BOS.. aku jenguk jap beli Oxy 2 botol, pas tu chow..
Pas gi Putatan, terus gerak ke KK... Pasar Filipino.. akupun apa lagi.. mulalah adegan rambang mata.. dah lupa anak & suami dah.. aku dgn Ibu mertuaku dah sasau dgn kerlipan Kristal & Mutiara.. beli punya beli, abih le seribu lima ratos hengget tunai.... hehehe
.
20 April 2009 - 2nd Day kami stay kat Imperial Hotel.. betul betul kat bandar KK.. view dia cantik gilos.. mengadap laut.. ni gambar awal pagi yg tengah segar sebelum merayap..
Pagi-pagi kami gi ke Tg Aru.. cantik pantai dia.. bersih banget.. sempat le aku snap gambar ala-ala pesen baru.. view pun nak amik, muka aku pun nak masuk gak dalam gambo.. ni le hasilnya.. amacam.. lawa tak.. kih kih kih..
Petang kami jejalan kat depan Hotel.. sempat le sampai ke Ikan todak ni.. apa lagi, posing.. jgn tak posing..
Malam aku gi jumpa dgn sifoo DCL, CA Yaacob, CD Johari & CD Kris.. bincang punya bincang dari pkl 8.30 mlm sampai 12.30 malam.. huhu.. byk yg dibincangkan hati ke hati.. ye la, bukan senang nak jumpa cam ni.. tak pernah langsung selama 5 tahun aku dalam DCL..
gambar bawah tu, Ninja King CA Yaacob.. harga 400k tuh.. huhuhu..
Esoknya pkl 4 pagi kami dah bangun.. 5.30 dah nak kena gi Airport.. flight pkl 7.30.. dan selamat mendarat di LCCT pkl 9.30 pagi.. ops, lupa nak bgtau, kami parking kereta kat LCCT tu, 18 - 21hb, 4 hari, RM116.00... hehhehe
Aduh, pendeknye rasa percutian.. lengkali takleh le pergi 3 malam.. at least kena gi seminggu.. baru best.. takpe, kita kumpul duit dulu...
Sekian saya kisah percutian kami.. jumpa lagi di percutian lain.. Bye!!!!
Wednesday, April 8, 2009
Santai Hujung Minggu
SEBELUM PASANG FILTER & TUKAR AIR,.. BERKERAK WEH..
cam biasa, model tetap aku dan harga aku yg paling berharga, menghiasi gambar-gambar kat blog ni.. Aina & Aisya suka gile duk ngacau ikan tu.. bonda aku pun enterframe gak.. hehehe
LEPAS TUKAR AIR.. LAWA KAN.. TAMAN TERAPI MINDA KAMI SEKELUARGA..
member klu datang lepak kat rumah ni, suka duk luar.. layan ikan..
Pas tu hari Ahad, anta stok DCL kat sepupu aku kat Shah Alam.. memandangkan ni salah satu aktiviti, aku amik le gambar kiosk dorang... nanti senang korang nak cari.. Lokasinya, klu masuk dari KFC, kiosk dia mengadap Bata & Kedai Emas tu..
Meh aku perkenalkan.. adik sepupu aku, Emerald Manager Rafizah Shahidan, hubby dia Ruby Manager Nazarudin, dan anak dorang, Asma'.. Naza ni aktif buat HPA.. klu nak beli kat dia bleh le..
Wednesday, April 1, 2009
Cerita Tudung le pulak..
Menjelang puasa ni, aku tgh plan nak jadi supplier tudung.. tgh survey market, material.. Insya Allah dah ada cable untuk dapatkan stok.. lepas ni klu ada yg minat nak jual, boleh le deal ek.. dun worry, dgn material yg ada tu, range harga jual below RM50.00.. kualiti semestinye best..
Layan Rahsia Tarikh Lahir & Warna..
baru balik meeting mingguan kat DCL.. jam dah pkl 1.30 pagi nih.. layan si syimi ym.. dalam duk merayap kat dunia maya ni.. duk surfing.. terlayan plak rahsia tarikh lahir le.. rahsia warna le.. aku tepek le apa yg ada kaitan dgn aku.. best gak layan.. tak le percaya 100%.. yg mana baik tu kita kekalkan.. mana yg tak betul tu kita perbaiki.. utk jadi manusia yg lebih hebat!!
klu dah tau tu siap le present utk aku ek... keh keh keh!!!
LIBRA : GELAGAT PERHUBUNGAN
Libra sukar benar untuk membuat pertimbangan dan sentiasa berada dalam keadaan ragu – ragu. Anda seorang yang gemar mencari kawan tetapi tidak banyak daripada kawan – kawan anda yang dapat anda percayai.
Keadaan yang sama berlaku dalam soal anda mencari kawan yang dapat anda jadikan kekasih anda… Akibatnya , anda berkemungkinan terlibat dalam pelbagai kisah cinta sebelum bertemu dengan seseorang yang sesuai anda yakini.
Libra juga menampilkan sifat yang agak sukar untuk difahami oleh pasangan/kawan anda. Misalnya , pada hari ini cinta anda begitu membara sekali ; tetapi pada hari esoknya anda kelihatan sebaliknya. Namun Libra adalah seorang kekasih yang bijak dan sentiasa menjagaperbuatan dan pertuturannya agar kekasihnya tidak tersinggung.
Pendamping yang ideal buat Libra ialah TAURUS ( 21 April – 20Mei ) dan LEO (21 Julai – 21 Ogos ). Sebaliknya , hubungan anda dengan ARIES ( 21 Mac – 20 April ) dan GEMINI ( 21 Mei – 20 Jun ) didapati kurang sesuai .
Taurus yang matang dan sabar sangat diperlukan untuk mengendalikan sifat Libra yang sentiasa dalam keraguan . Manakala , Leo yang tangkas pula , dapat menjadi kekasih yang baik buat Libra . Dia tahu menyenangkan hati anda yang suka menimbang – nimbang sesuatu keputusan dan sentiasa dalam keadaan keraguan itu.
Sebaliknya , Aries yang suka bergantung pada kawan / pasangannya sudah tentu tidak sesuai dengan Libra yang sememangnya suka menimbang – nimbang dan sentiasa ragu – ragu itu. Lagipun , Aries sukakan keputusan yang cepat , sedangkan Libra sememangnya agak lambat dalam memberi keputusan.
Begitu juga halnya hubungan anda dengan Gemini , bukanlan hubungan yang ideal bagi anda . Sifat Gemini yang cepat bosan dan sering berubah – ubah itu sememang sukar di ‘pegang’ memungkinkan anda cepat berasa kecewa.
Laki aku, KJ tu bintang Leo.. kira memang le jodoh kami.. pelengkap hidupku gitew.. cewah!!LIBRA : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA
Kelahiran Libra sememang sukakan rumah yang terurus , bersih dan kemas tetapi agak malas mengemas sendiri. Beban rumah tangga katanya !Apabila termampu , Libra rela mengupah orang lain untuk mengemaskan rumahnya ! Namun , Libra gemar berkebun dan menggemari bunga dan pokok di dalam rumah . Sesuai dengan sikap Libra yang sukakan keharmonian dan kreativiti , dan sering saja Libra membiarkan anak – anak melakukan apa yang diingini mereka. Walau bagaimana pun , kebebasan anak – anak perlu ada batasannya , betul tak Libra ?
- Cam tau je aku malas kemas rumah, lipat kain bla.. bla.. bla.. takpe.. bibik kan ada.. kih kih..
LIBRA : KERJAYA DAN KEWANGAN
Di khalayak ramai , orang berlambang Libra ini adalah pembela . Kawan atau kenalannya adalah merupakan ‘ahli keluarga’ nya. Mungkin inilah sebabnya Libra ada potensi untuk menjadi ketua atau menonjol dalam kepimpinan politik.
Dalam hal mengembangkan bakat , Libra sukakan kerjaya yang dapat menyatakan idea dan perasaannya secara bebas ( terbuka ). Sehingga Libra banyak terlibat dalam seni kreatif dan di samping kerjaya yang lain , Libra mampu menonjol sebagai pendidik atau pakar perunding.
Namun , Libra lebih fleksibel dalam pendekatan kepada kerjaya. Bagi Libra , hati dan perasaan kawan atau orang sekitarnya perlu dihormati perasaan mereka. Dari segi kewangan, Libra memang berusaha mencari wang ringgit, tetapi lebih untuk faedah orang lain daripada dirinya semata – mata. Setiap wang yang diperolehi dipastikan menjadi keperluan menyara keluarga atau kawan.
Mungkin dengan sebab yang demikian , Libra kerap membelanjakan wang yang banyak untuk hiburan atau perkara yang seumpamanya. Di samping , Libra gemar menolong kawan yang memerlukan bantuan kewangan. Dengan perkataan lain , bagi orang yang berzodiak Libra, “wang senang datang dan senang pula pergi”.
18hb. - Kamu ni sangat perahsia orangnya lebih-lebih lagi soal perasaan dan cinta. Kamu lebih suka memendam perasaan hingga mendatangkan tekanan pada diri kamu. Dalam perhubungan cinta, mereka sukar untuk melafazkan kata sayang.
cam tak betul jek.. dulu aku yg ngorat kj.. nasib dia sudi.. kah! kah! kah!!!
October 14th ~ October 23rd = Silver
------------------------*GREY*--------------------------
You are attractive, and active. You never hide your feelings and express
everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be
noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up
people's day. You know what to say at the right time, and you have a good
sense of humour.
wa.. ni pun cam betul.. i like it... ahak! ahak!
LIBRA ( 24 SEPTEMBER - 23 OKTOBER )
Orangnya: cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal.
Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yg ceria, happy go lucky.. SO be urself
18/10/1972
18 + 10 + 1972 = 2000
2+0+0+0= 2
2 = Pendamai
- Dilahirkan sebagai diplomat.
- Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
- Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
- Mereka tidak suka bersendirian.
-Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup; tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
- Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
Golongan terkenal yang mempunyai nombor lahir 2: President Bill Clinton, Madonna, Whoppi Goldberg, Thomas Edison,Wolfgang Amadeus Mozart.
Sabar serta pandai menguasai diri adalah ciri yang khas bagi pasangan yang lahir pada tarikh ini. Tapi jangan cuba mempermain-mainkannya, dia akan mengamuk dengan hebat. Dia tergolong pasangan yang bijaksana dan bertanggungjawab. Sifat jujur & ramah adalah modal utamanya dalam bergaul. Tapi dalam soal cinta dia merupakan pasangan yang susah untuk dimengertikan.