Monday, July 31, 2017

Bisnes Frozen Food - Bagaimana hendak bermula



Teks & Foto : Syikin Jana
.
.
❄🍽 BISNES FROZEN FOOD – BAGAIMANA HENDAK BERMULA? 🍽❄
.
Ingin mulakan bisnes ‘Frozen Food’?
.
Berikut adalah5 tips yang boleh saya kongsikan. Tulisan ini adalah hasil pengalaman  saya menjalankan bisnes Frozen Food sejak tahun 2013.
.
.
1. Mulakan dengan modal yang rendah.
.
Banyak Jenama yang menawarkan pakej bisnes serendah RM200 dengan kuantiti kurang dari 20 unit. Sebagai contoh kami di Khayr Trader menawarkankan Pakej Bisnes Khayr Sosej & Patty Burger dengan modal  serendah RM192 dengan 14 pek pilihan produk.
.
Cuba belajar menjual dan lalui proses mempromosikan produk. Langkah berikutnya dapatkan belian ulangan dari pelanggan sedia ada dan terus mencari pelanggan baru.
.
.
.
2. Pilihan produk yang kita suka.
.
Risiko menjual produk makanan adalah produk tidak dapat dijual dan hampir tamat tempoh (expired). Kita tidak perlu risau kerana produk makanan boleh dimakan sendiri untuk mengelakkan kerugian
.
.
.
3. Cari Pembekal yang boleh berikan tunjuk ajar
.
Sebagai orang baru, kita bermula kosong. Rajin-rajin bertanya kepada Pembekal tips bisnes, info produk, cara menjual dan membuat promosi. Tanpa panduan menyebabkan stok produk kita membeku dalam freezer tanpa boleh dijual.
.
.
4. Pilih Pembekal yang membuat Promosi
Sehebat manapun produk tetapi jika tiada aktiviti promosi dan pemasaran, orang tidak akan kenal produk kita pastinya ia susah dijual.
.
Untuk memudahkan membuat kerja promosi, ejen memerlukan bahan 'Marketing Tools' seperti info produk,  gambar produk, bunting dan flyers.
.
Untuk promosi secara online pula, E-Flyers dan ayat `Copywriting' sangat membantu untuk melariskan jualan.
.
.
5. Berurusan dengan Pemilik Produk yang mudah dibawa berbincang.
.
Dalam bisnes produk makanan, ada  masa kita akan menghadapi masalah kualiti produk, bahan mentah dan bekalan stok.
.
Pastikan kita berurusan dengan pemilik produk yang bersedia menerima pandangan dan teguran dalam meningkatkan kualiti produk dan jenama.
.
.

Sepanjang 4 tahun dalam Bisnes Makanan Makanan Muslim & Frozen Food, saya telah menjadi Ejen dan Stokis lebih dari 10 jenama produk dan kebanyakan yang kekal hingga hari ini adalah Syarikat yang memenuhi kriteria di atas.
.

Thursday, July 27, 2017

Nak ada produk jenama sendiri?

Teks dan foto: Syikin Jana




 

NAK ADA PRODUK JENAMA SENDIRI, PERLU PANDAI BUAT PRODUK?

Jawapan saya, tak perlu! Saya sendiri memulakan bisnes produk makanan muslim & frozen food dengan menjadi ejen produk orang lain.

Saya belajar menjual, buat marketing, uruskan stok, servis ejen dan banyak belajar bannyak perkara menlalui pengalaman.

Produk jenama sendiri pada zahirnya nampak Gah dan Glamour. Hakikatnya ibarat menyelam ke hingga ke dasar laut dalam, jika tidak cukup persediaan, kita boleh tenggelam dan terus hanyut dan karam.

Nasihat saya, mulakan jadi Ejen dengan modal kecil untuk menimba pengalaman.

Foto produk - Produk saya di bawah jenama Khayr Brand, dibuat oleh Kilang OEM sepenuhnya. 


Wednesday, July 26, 2017

Sarapan Pie & Sardine Rolls Sedap

Teks dan foto: Syikin Jana



SARAPAN PAGI INI - BEEF PIE& SARDINE ROLLS DARI GOURMET WHISK 
.

Untungnya buat Bisnes Frozen Food, ada 40 jenis makanan dalam freezer saya.

Tiba tiba teringat, dah lama tak makan Pie & Sardine Rolls sedap dari Gourmet Whisk. Rindu!


Bagi peminat Pastry Kualiti Premium, mesti cuba produk keluaran Gourmet Whisk.

Bayangkan betapa sedapnya Apple, Beef, Chicken Pie dan Cheesecake di 'Cafe Mahal'.

Bayangkan juga makanan dari 'Cafe Mahal' itu ada dalam peti ais rumah kita. Wah, seronoknya!

Pastry Halal Premium keluaran Muslim tersedap di Kuala Lumpur, semestinya dari Gourmet Whisk, boleh didapati dari  Khayr Trader.

Entri Pengenalan - Salam Taaruf


Saya merisik kelas Tutorial Asas Blog & Penulisan Cikgu Masayu Ahmad ni sejak November 2016 dan bulan Ogos 2017 baru saya berkesempatan berikan komitmen. Lama sungguh saya membuat persediaan, 8 bulan!

Ini adalah Entri Pengenalan di mana kami perlu menjawab 8 Soalan Analisa seperti berikut dalam bentuk karangan.

1. Nama mengikut ic. Nyatakan email.

Salam perkenalan di alam maya. Norashikin Mat Jana adalah nama yang dipilih oleh ayahbonda untuk cahayamata ke tiga mereka. Berusia 40an, telah berkahwin dan mempunyai 2 puteri. Saya boleh dihubungi melalui email syikinjana@gmail.com

2. Pendidikan.

Selepas mendapat keputusan SPM, saya terus bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerajaan dan dalam masa yang sama, saya sambung pelajaran di Kolej Binary Kuala Lumpur dalam Diploma Komputer, Perakaunan & Pengurusan Perniagaan.

3. Pengalaman kerja.

  • Bekerja sebagai Kerani di Jabatan Kerajaan di Petalling Jaya dan Pandan Indah.
  • Bekerja sebagai Pengawal Kredit di 3 buah Syarikat iaitu Syarikat Pemaju di Pandan Indah, Syarikat Menjual Komputer & Kelengkapan Pejabat dan terakhir di Syarikat Pembekal Air Minuman. 
  • Berhenti kerja selepas melahirkan cahayamata dan terlibat secara serius dalam Bisnes Internet.

 

4. Pengalaman bisnes.

Saya mula terlibat dalam bisnes selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2003. Bermula menjual produk kesihatan secara Trading, dan kemudian secara tidak sengaja menjual produk kesihatan dari Syarikat MLM. Dari situ saya banyak belajar tentang Sale, Marketing & Networking. Bermula tahun 2013, saya memulakan bisnes makanan sejuk beku dan produk makanan muslim dan serius dalam bisnes ini hingga sekarang.

5. Minat, kemahiran, pengalaman.

Minat : Hobi saya adalah Melancong dan libatkan diri untuk aktiviti kecergasan di Gymnasium

Kemahiran : Menjalankan Perniagaan Internet sepenuh masa, saya mempunyai kemahiran dari segi Internet Marketing, Graphic Design, Copywriting dan juga sedikit kebolehan dalam Food Photography. Selain itu saya juga memberikan Coaching secara Online kepada Ejen di bawah rangkaian saya.

Pengalaman : Saya berpengalaman menjalankan Online Bisnes sejak tahun 2003. Bermula bisnes Produk Kesihatan dan kini terlibat dengan serius dengan Produk Makanan Muslim khususnya Makanan Frozen. Selain dari menjual sendiri, saya juga membekalkan stok ke Halal Mart dan juga melantik Ejen Jualan di seluruh negara.

6. Nyatakan jenis buku, genre yang suka dibaca.

Saya menggemari buku Motivasi dan Bisnes

7. Nyatakan blog. web, page sedia

Blog : www.syikinjana.blogspot.com - dah lama tak update
Blog : www.LuvMasakLuvMakan.blogspot.com - blog info produk bisnes

8. Matlamat untuk kelas ini.

Untuk belajar, mendapatkan panduan cara menulis dengan betul disiplin dan teratur.


Teks dan foto: Syikin Jana


BUSINESS IS BACK!

Lepas raya aritu bisnes Krik Krik je... almaklumla raya kan, makan free situ sana sini.

Minggu ni barulah huru hara sikit Team kami. Kelmarin mencapah gegar kilang minta siapkan stok, semalam payment masuk dan hari ini buat penghantaran pada pelanggan.




.
Tq delivery team #KhayrTrader bertungkus lumus menyiapkan stok dan hantar pada Ejen tepat pada waktunya.




.
Kepada peminat Sosej, Patty Burger dan Meatball kualiti Premium, keluaran #Khayr adalah pilihan terbaik! Produk kami menjadi pilihan geng diet & geng fitness.

Keistimewaan produk kami :-
.
✔ 90% ayam & daging sebenar (lean meat)
✔ Tanpa MSG, Pewarna & Pengawet
✔ Produk Muslim Halalan Toyyiban
✔ Casing Sosej dari Selulos Tumbuhan (bukan haiwan)
✔ Tidak menggunakan Mechanically Deboned Meat (MDM)
.

"Don't ask why HEALTHY FOOD is so EXPENSIVE, ask why JUNK FOOD food is so CHEAP" .

.
#CatatanHarian #BlogSyikinJana #SyikinJanaBusinessJourney

Tuesday, July 25, 2017

Jom main masak-masak - Aglio Olio

Teks dan foto : Syikin Jana



Anak-anak tak mahu makan nasi malam ni.. Jemu makan banyak sepanjang jemputan Rumah Terbuka waktu makan tengahari & petang tadi barangkali.



Ibu : Habis tu nak makan apa ?

Aina & Aisya : Selain dari Nasi boleh ibu? 


Ibu : Spaghetti ok ke?

Aina & Aisya : Ok! 



.
Buka peti ais, tengok apa yang ada. Yang terlintas di minda, sedapnya kalau masak

Aglio Olio Udang beserta produk #KhayrBrand Sosej dan Beef Slice @ Beef Bacon


Bahan-bahan :-
.
Hair Spaghetti
5 biji Bawang putih
4 ekor Udang
2 batang Sosej Khayr
3 keping Beef Bacon Khayr
5 batang Asparagus
3 biji cendawan butang
Carrot
Serbuk Parsley & Oregano
.


.
Cara masak :-

Celur hair spaghetti & sosej sampai lembut, toskan. .
Tumis bawang putih sampai separuh garing, masukkan udang & sayur. Jangan lupa letak garam!

Bila sayur dah layu, garam. masukkan spaghetti tadi & taburkan serbuk Pasley & Ogegano.
.
Beef Bacon goreng di kuali lain sampai garing, gunting & taburkan atas Spahgetti yg dah sedia untuk di hidangkan.
.

Senangkan! Makan kat kedai mahal, makanya ibu google le resepi sebab anak anak suka makan. Makan kat kedai mau RM15 - RM20 sepinggan ni!

.
.

Pengalaman kerja sebagai Pengawal Kredit



Latih tubi menulis blog :
Tugasan 3 : Pengalaman kerja sebagai Pengawal Kredit
.
Saya pernah bekerja di Bahagian Pengawal Kredit (Credit Control) satu masa dulu.
.
Pengalaman paling berharga yang saya belajar adalah elakkan memberi hutang dalam bisnes kerana pekerjaan yang paling stress adalah mengutip hutang dari pelanggan.
.
Bergaduh dengan pelanggan dan kena marah dengan boss adalah perkara biasa. Orang lain hutang orang lain pula kena marah. Boss hanya tahu duit di bayar tepat pada masanya @ on due date.
.
Pengalaman ini saya gunakan dalam bisnes yang saya jalankan sekarang.

Tak perlu jual cerita bulan bintang dengan saya. No money please go away.

Pakej Bisnes Produk Makanan Muslim @ Khayr Trader


Soalan 1 :-
[ UNTUK KAKI BISNES : Tengah cari bisnes makanan yang senang jual & banyak repeat order? - tolong tag kawan! ]
.
Soalan 2 :-
[ UNTUK MOM & DAD : Nak simpan stok makanan Frozen yang Healthy & Halalan Toyyiban untuk family? ]
.
Suka tak kalau kami di #KhayrTrader ada jawapan untuk dua-dua soalan kat atas?
.
.
🎯 FEEDBACK CUSTOMER KAMI 🎯
.
'' Tq offer Pakej Bisnes murah macam ni, boleh la saya dapat extra dua tiga ratus sebulan, lepas la duit belanja sekolah anak saya. Promote kat kawan kawan ofis & jiran je " - Nurul Bandar Sri Permaisuri
.
'' Nak buat BBQ weekend skrg senang, klik je page ni, semua ada! Kambing Perap, Meatball, Sosej, Burger semua boleh order dari 1 tempat. Yang penting staff & family saya makan produk yang sihat dan boleh makan tanpa waswas. Tq Khayr Trader!’’ – Encik Syed Kota Damansara
.
'' Balik kerja dah lambat, kesian pula anak dan suami asyik makan lauk kedai. Best betul page ni, macam macam ada! Senang kerja saya nak masak & anak-anak pun suka! ’’ - Puan Nora Bukit Antarabangsa...
.
.
🎯 KAMI ADA LEBIH DARI 30 PRODUK! 🎯
.
Produk yang kami promote adalah antara terbaik di pasaran! Terbaik merangkumi Production produk sentiasa ada dan Supplier yang komited dalam bisnes.
.
Paling penting semua produk ni adalah Produk Keluaran MUSLIM #HalalanToyyiban
.
.
Ni list makanan #TopTopMalatops utk uols pilih :-
.
Pilihan #GengFitness, Diet & Choosy Mom :-
❀ Sosej #KhayrBrand
❀ Patty Burger #KhayrBrand
❀ Meatball Burger #KhayrBrand
.
Western Food :-
❀ Chicken Chop #KhayrBrand
❀ Beef Bacon #KhayrBrand
.
Pie & Cheesecake #GourmetWhisk
❀ Chicken, Beef & Apple Pie
❀ Sardine Rolls
❀ Mango, Peach & Rocher Cheesecake
.
Makanan santai santai :-
❀ Sate Kebab #Akmal
❀ Frozen Takoyaki
❀ Wantan Seafood #Nafisa
❀ Pepes Ayam Daun Selasih
❀ Ayam Pandan Tanpa Tulang
.
Pilihan Ibu Bijak :-
❀ Pek Nasi Arab #AlBayt
❀ Kambing Perap #KhayrBrand
❀ Murtabak #Tisha
❀ Ayam Segar Sejuk Beku #AyamBismi
.
Nak tau harga dan senarai nama produk, jom whatsapp kami ye!


🍀 Klik : Klik :- www.wasap.my/+60123838018/InfoProdukKT 🍀
. 🎯 NAK CARI SIDE INCOME? 🎯
.
❀ Best kan kalau ada bisnes ala Halal Mart dari rumah? Sekarang kami buat offer, modal RM200 je boleh pilih lebih dari 30 produk. Tempat lain takde offer gini! Harga asal RM300 ni
.
Bisnes ni simple je & senang je nak promote!
.
Gambar untuk Promo kami sediakan! Uols share je gambar dan promote pada kengkawan ofis, jiran satu taman, geng surau, cikgu sekolah & kengkawan dalam whatsapp group tu & ambil order.. senang kan?
.
.
Nak tau Pakej Ejen? jom whatsapp kami ye!

🍀 Klik : Klik :- www.wasap.my/+60123838018/InfoBisnesKT 🍀
.
.
.
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
DI MANA NAK DAPATKAN STOK?
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
.
Lokasi kami di Ampang / Ulu Klang. Kepada yang berminat untuk order, menjadi Ejen / Stokis, boleh buat temujanji untuk bertemu dengan kami.

Bagi yang kat luar Lembah Klang, boleh la kita set appointment utk jumpa saya kat tepi MRR2 area Ampang dan sekitarnya.. Di luar KL, untuk belian sebagai Ejen, kami akan hantarkan dengan Bas Express
.
Harga produk tidak termasuk kos penghantaran
.
.

°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
BY HAND DELIVERY SERVIS
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°
Bekerja atau tinggal di sekitar kawasan tersebut?
➽ Pusat Bandar KL
➽ Ampang
➽ Pandan Indah
➽ Desa Pandan
➽ Wangsa Maju
➽ Keramat
➽ Setiawangsa
➽ Hulu Klang
➽ Tmn Melawati
➽ Bukit Antarabangsa
.
Tunggu je di ofis / rumah, runner akan hantar terus ke tangan anda! Caj penghantaran hanya RM5.00 di sekitar KL Penghantaran PERCUMA utk belian dari RM120.00 ke atas!
.
.
Lain lain tempat :-
🔸Pusat Bandar KL / Bandar Tun Razak = RM7 🔸Sg Besi / Batu Caves / Sentul = RM8 🔸Bkt Jalil / Gombak / UPM Serdang / Pusat Bdr D'sara : RM10 🔸PJ / Selayang / Mutiara D'sara/Kota D'sara /Kelana Jaya : RM15 🔸Bangi / Kajang : RM20 🔸Putrajaya / USJ / Cyberjaya : RM25 🔸Shah Alam / Subang : RM30.00

.
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•
NAK ORDER? JADI EJEN?
HUBUNGI KAMI!
°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•°•

Nak Order? klik :- 🍀 Klik : www.wasap.my/+60123838018/InfoProdukKT 🍀
Nak tau Pakej Ejen? Klik :-
🍀 www.wasap.my/+60123838018/InfoBisnesKT 🍀
.

" Info KT " 012 3838 018
.
Atau senang klik sini utk mesej :-
http://www.facebook.com/messages/KhayrTrader
🎯 Nak tengok Info Produk? Jom surf :- 🌐 www.instagram.com/luvmasakluvmakan 🌐 www.facebook.com/khayrtrader