Wednesday, July 26, 2017

Entri Pengenalan - Salam Taaruf


Saya merisik kelas Tutorial Asas Blog & Penulisan Cikgu Masayu Ahmad ni sejak November 2016 dan bulan Ogos 2017 baru saya berkesempatan berikan komitmen. Lama sungguh saya membuat persediaan, 8 bulan!

Ini adalah Entri Pengenalan di mana kami perlu menjawab 8 Soalan Analisa seperti berikut dalam bentuk karangan.

1. Nama mengikut ic. Nyatakan email.

Salam perkenalan di alam maya. Norashikin Mat Jana adalah nama yang dipilih oleh ayahbonda untuk cahayamata ke tiga mereka. Berusia 40an, telah berkahwin dan mempunyai 2 puteri. Saya boleh dihubungi melalui email syikinjana@gmail.com

2. Pendidikan.

Selepas mendapat keputusan SPM, saya terus bekerja sebagai kerani di Jabatan Kerajaan dan dalam masa yang sama, saya sambung pelajaran di Kolej Binary Kuala Lumpur dalam Diploma Komputer, Perakaunan & Pengurusan Perniagaan.

3. Pengalaman kerja.

  • Bekerja sebagai Kerani di Jabatan Kerajaan di Petalling Jaya dan Pandan Indah.
  • Bekerja sebagai Pengawal Kredit di 3 buah Syarikat iaitu Syarikat Pemaju di Pandan Indah, Syarikat Menjual Komputer & Kelengkapan Pejabat dan terakhir di Syarikat Pembekal Air Minuman. 
  • Berhenti kerja selepas melahirkan cahayamata dan terlibat secara serius dalam Bisnes Internet.

 

4. Pengalaman bisnes.

Saya mula terlibat dalam bisnes selepas melahirkan anak pertama pada tahun 2003. Bermula menjual produk kesihatan secara Trading, dan kemudian secara tidak sengaja menjual produk kesihatan dari Syarikat MLM. Dari situ saya banyak belajar tentang Sale, Marketing & Networking. Bermula tahun 2013, saya memulakan bisnes makanan sejuk beku dan produk makanan muslim dan serius dalam bisnes ini hingga sekarang.

5. Minat, kemahiran, pengalaman.

Minat : Hobi saya adalah Melancong dan libatkan diri untuk aktiviti kecergasan di Gymnasium

Kemahiran : Menjalankan Perniagaan Internet sepenuh masa, saya mempunyai kemahiran dari segi Internet Marketing, Graphic Design, Copywriting dan juga sedikit kebolehan dalam Food Photography. Selain itu saya juga memberikan Coaching secara Online kepada Ejen di bawah rangkaian saya.

Pengalaman : Saya berpengalaman menjalankan Online Bisnes sejak tahun 2003. Bermula bisnes Produk Kesihatan dan kini terlibat dengan serius dengan Produk Makanan Muslim khususnya Makanan Frozen. Selain dari menjual sendiri, saya juga membekalkan stok ke Halal Mart dan juga melantik Ejen Jualan di seluruh negara.

6. Nyatakan jenis buku, genre yang suka dibaca.

Saya menggemari buku Motivasi dan Bisnes

7. Nyatakan blog. web, page sedia

Blog : www.syikinjana.blogspot.com - dah lama tak update
Blog : www.LuvMasakLuvMakan.blogspot.com - blog info produk bisnes

8. Matlamat untuk kelas ini.

Untuk belajar, mendapatkan panduan cara menulis dengan betul disiplin dan teratur.


No comments:

Post a Comment