Teks & Foto : Syikin Jana
Dilema yang saya alami bila terlibat dalam bisnes makanan.
Sedia maklum hidup saya memang
dikelilingi oleh Frozen Food yang sedap-sedap belaka. Lebih menyeronokkan bila pergi
ke kilang, ambil stok atau berjumpa pengeluar, mesti mereka akan berikan saya `sample’
makanan terutamanya yang baru siap R & D. Begitulah murahnya rezeki saya.
Ditambahkan lagi dengan bisnes saya secara online yang
`memaksa’ saya mengadap PC dan Gadget untuk Copywriting, Design, Marketing dan
seribu satu kerja lagi.
Ada masa saya akan keluar bertemu dengan Pembekal atau
Pelanggan, saya akan memandu ke sana ke mari.
Bila saya nak bersenam? Jawapannya, TIADA! Dalam kepala saya
asyik fikirkan urusan keluarga dan bisnes.
Sepanjang 4 tahun dalam bisnes makanan, saya Berjaya menaikkan
berat badan sebanyak 10 kilogram. Satu kejayaan yang BESAR! (Menangis di bucu
meja).
Saya semakin tidak selesa dengan berat sekarang dan harus
bertindak demi untuk kesihatan diri sendiri. Maka bermulalah saya mencari
Fitness Program bagi tujuan mendisiplinkan diri melakukan senaman.
Mengapa perlu sertai Fitness Program? Bukankah boleh
bersenam sendiri di rumah?
Jawapannya, saya kurang disiplin diri. Setiap hari saya `berangan’
untuk bersenam. Selepas Subuh saya tunggu pukul 10 pagi. Tiba 10 pagi sudah
sibuk dengan kerja, tunggu petang. Sebelah petang tersangkut dalam kesesakan
lalulintas menjemput anak balik sekolah pula. Malam selepas makan, sudah
kenyang. Akhirnya angan-angan tinggal angan angan.
Bila kira sertai Fitness Program, kita akan mempunyai jadual bersenam yang tetap di bawah bimbingan Coach yang berpengalaman. Mereka akan mengajar, memantau dan mendisiplinkan kita disamping memberikan nasihat untuk senaman dan pemakanan yang betul.
Bermula bulan Mac 2017, saya sertai Program Dietfit, di bawah
kelolaan Tuan Khairul Azuan atau lebih dikenali dengan nama Cip Khairul
Dietitian. Program Diet ini berlangsung selama 6 minggu.
Seterusnya pada April 2017, saya sertai Sazali Samad Fitness
Challenge (SSFC) yang dikelolakan oleh Juara Bina Badan Malaysia, Tuan Sazali
Samad. Untuk Program SSFC, kami dilatih
oleh Coach Adilin Ali & Coach Jep, pemilik Fixme Studio Setiawangsa.
Sepanjang 4 bulan jalani program kecerdasan bermula 1 Mac 2017 sehingga 30 Jun 2017, saya Berjaya menurunkan
berat badan sebanyak 4kg namun malangnya selepas raya, berat saya naik semula.
(menangis lagi saya di bucu meja)
Bermula 1 Ogos 2017,
sekali lagi saya sertai Warrior Fitcamp di bawah kelolaan Coach Azmer Zed. Mood
insaf kerana baju semua sudah sendat.
Fitness Center yang menjadi pilihan saya adalah Fixme Studio
Setiawangsa kerana Gym ini sangat mesra wanita dan pemiliknya adalah pasangan suami
isteri oleh Coach Adilin Ali & Coach Jep. Banyak Fitness Program yang
mereka sediakan selain dari Personal Training. Group Training yang ada di Fixme
adalah Fit Chick, Lean Chick, Flab To Fab dan Kebaya Raya.
Selain dari bersenam, melalui Fitness Program juga saya
dapat kawan baru yang berkongsi minat yang sama.
Misi seterusnya, untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan, Nampak kurus dan bergaya itu satu bonus bagi saya.
Terima kasih kepada Encik Suami kerana memberikan lampu hijau kepada saya untuk `Me Time' dengan menyertai Fitness Program begini.
Misi seterusnya, untuk mengurangkan kandungan lemak dalam badan, Nampak kurus dan bergaya itu satu bonus bagi saya.
Terima kasih kepada Encik Suami kerana memberikan lampu hijau kepada saya untuk `Me Time' dengan menyertai Fitness Program begini.
No comments:
Post a Comment