Teks & Foto : Syikin Jana
Dada ayam, bahagian yang paling tak laku di rumah saya. Kalau goreng begitu saja memang takde orang nak makan. Bila ke pasar saya hanya akan beli peha `thigh’ dan kepak ayam saja.
Dada ayam, bahagian yang paling tak laku di rumah saya. Kalau goreng begitu saja memang takde orang nak makan. Bila ke pasar saya hanya akan beli peha `thigh’ dan kepak ayam saja.
Sejak buat bisnes Ayam Bismi, satu pek akan campur semua
bahagian ayam. Bahagian lain saya akan goreng, masak sup atau apa saja mengikut
selera. Bahagian dada saya akan simpan dulu.
Saya suka makanan Thai. Salah satu kedai yang jadi pilihan
saya adalah Sukhumvit Garden. Macam-macam menu Asli Thai yang sedap jadi
pilihan. Antara yang menarik hati saya adalah Ayam Masak Daun Basil dan Ayam
Gajus.
Dah jadi `tabiat’ saya, bila makan di kedai saya akan belek
bahan yang digunakan dan hayati rasa makanan tersebut. Bila saya suka, saya
akan google resepi menu yang saya makan.
Hasilnya saya ada 2 resepi yang boleh saya gunakan untuk
masak Dada Ayam. Saya share di blog ini ye.
Ayam Daun Basil ala Thai
Bahan :-
3 ketul dada ayam – dicincang
5 biji bawang putih
3 biji bawang merah
5 biji cili api
15 helai daun Basil Thai
Sos Ikan
Sos Tiram
Sedikit gula
Cara masak :-
1.
Tumbuk bawang putih, bawang merah dan cili api
hingga lumat, tumis hingga garing,
2.
Masukkan ayam dan daun basil yang telah dihiris
halus.
3.
Masukkan Sos Tiram dan Sos Ikan beserta gula.
4.
Suaikan rasa
5.
Sedia untuk dihidang
Ayam Gajus
Bahan :-
3 ketul dada ayam – potong dadu
5 biji bawang putih
3 biji bawang merah
1 inci halia
5 biji cili api
5 biji cili kering
Gajus
Sos Tiram
Sedikit gula
Cara masak :-
1.
Gorengkan cili kering yang dipotong 1 inci,
ketepikan.
2.
Tumbuk bawang putih, bawang merah, halia dan
cili api hingga lumat, tumis hingga garing,
3.
Masukkan ayam dan goreng sampai masak, pastikan
jangan garing.
4.
Masukkan Sos Tiram, cili kering, gajus dan bahan
hiasan
5.
Suaikan rasa
6.
Sedia untuk dihidang
No comments:
Post a Comment