Monday, August 7, 2017

Proses Pembuatan Sosej, Patty Burger & Meatball Khayr







Khayr Sosej, Patty Burger dan Meatball dikeluarkan hasil R & D kilang prosesan daging milik Bumiputera yang mempunyai sijil Halal dan berpengalaman membuat produk beberapa jenama popular di pasaran.


Kami bertemu dengan pihak kilang dan minta khidmat nasihat, bolehkah mereka keluarkan 'Process Food' yang sihat, dan jawapannya BOLEH!




Menggunakan produk yang berkualiti, dah pasti ada 'harga' yang perlu di bayar. Hasil perbincangan, 'Value' produk #KhayrBrand yang kami keluarkan adalah seperti berikut :-

Menggunakan lebih dari 80% isi ayam / daging sebenar
Dikilangkan oleh kilang bumiputera dengan Sijil Halal
Kualiti Premium
Diadun dengan Protein Soya dan Rempah
Tanpa MSG
Tanpa Pewarna
Tanpa Pengawet
Casing Sosej dari Selulos Tumbuhan (bukan haiwan)
Tidak menggunakan Mechanically Deboned Meat (MDM)




Alhamdulillah sekarang produk Khayr Sosej & Patty Burger semakin tinggi permintaan dari geng Fitness walaupun pada asalnya saya minat dengan produk ini untuk kongsikan kepada Ibu Prihatin bahawa ada pilihan 'healthy process food' produk Muslim.




Sekarang produk kami ada 2 kategori pelanggan.
Kategori pertama, yang orang fitness yang sangat memilih apa yang mereka makan dan juga yang tengah berdiet.

Kategori kedua, ibu & ayah yang menitikberatkan dan messtikan anak anak hanya makan makanan berkualiti, Halalan Toyyiban dan sihat.



Terdapat dalam 7 Pilihan :-
1. Sosej Asli (10 batang)
2. Sosej Lada Hitam (10 batang)
3. Sosej Cili (10 batang)
4. Sosej Daging (10 batang)
5. Patty Burger Ayam (7 keping)
6. Patty Daging Lembu (6 keping)
7. Meatball berserta Sos Lada Hitam (300gm)





Fakta Nutrisi - Orang Fitness & Diet memang suka baca ni!

No comments:

Post a Comment