Monday, August 7, 2017

Sosej, Patty Burger & Meatball Healthy tu mahal, siapa nak beli?


Peringkat awal kami jual Khayr Sosej, Patty Burger dan Meatball 1 pek RM15.00 ni  berasap kepala juga nak Validate.

Pada siapa la kami nak jual produk ni.. Harga memang agak mahal berbanding di pasaran luar sana sebab kami gunakan bahan mentah Kualiti Premium.
.
Terima kasih kepada Fitness Trainer saya Puan Adilin Ali, pemilik Fixme Studio Setiawangsa yang  menjadi pencetus yang mengenalkan produk kami pada orang Fitness ni... Review Adi buatkan produk Khayr meletup letup di IG sampai kilang huru hara dibuatnya!


.
Dari Fitness Program yang saya ikut, kebanyakan Coach nasihatkan sebelum dan selepas bersenam, digalakkan ambil Protein sebaiknya lean meat untuk tenaga segera. Produk Khayr gunakan 90% daging sebenar memang menepati keperluan geng Fitness ni.
.
Bila customer beli dan share gambar hasil masakan, saya terkejut juga, banyaknya dorang makan per serving! Sampai 4 batang sekali makan.
.
Banyaknya? Jawapan mereka, tak banyak la.. apa yang dimakan ikut keperluan kalori, karbohidrat protein untuk badan mereka. .

Alhamdulillah geng Fitness ni kebanyakan tak kisah dengan harga, yang penting produk berkualiti, 10 pek seorang pun selamba je mereka beli.
.

Insya Allah saya akan usahakan sebaik yang saya mampu untuk terus jaga kualiti dan berkongsi rezeki dengan kengkawan semua..

No comments:

Post a Comment