Tuesday, August 1, 2017

Kisah bermula bisnes Khayr Beef Bacon


Teks & Foto : Syikin Jana

Khayr Beef Bacon @ Beef Slice

Masa saya pergi ke kilang yang buatkan Burger dan Meatball Khayr baru-baru ini, pemilik kilang tanya, "Puan Syikin nak jual Beef Bacon tak? Banyak peminat ni! "


Saya bukannya pandai sangat makan makanan western gini. Saya pun jawab, 'Boleh la cuba. Ada tester ke? 




Sambil itu saya belajar tentang bahagian Daging Lembu.
.
Kata supplier, Beef Bacon sepatutnya guna daging Brisket, sebab banyak lemak. Tetapi untuk Khayr Beef Bacon kami gunakan  Topside kerana permintaan orang Fitness dan Diet, mahukan bahagian daging yang kurang lemak. 


Jika di Hotel, biasanya mereka gunakan daging Brisket Point End. Pesanan pembekal, hati-hati makan Beef Bacon di Hotel kerana kadang-kadang Chef masak dan letak Wine.



Proses pembuatan Beef Bacon ni ambil masa 4 hari.

Hari Pertama dan kedua : Buat 'brining' dulu. Buat rempah dan perap daging selama 2 hari
Hari Ketiga  - bekukan selama separuh hari, hiris daging yang telah diperap dan bungkus

Hari Keempat - Sedia untuk diedarkan.

Sebelum pulang, pihak kilang bagi saya 2 pek Beef Bacon @ Beef Slice untuk saya cuba. Balik rumah saya google bagaimana untuk masak dan makan makanan ni.






Inilah gambar hasil masakan saya dan pelanggan.  Cara masak senang saja, panaskan sikit minyak, grill / balik balikkan atas kuali sampai sedikit garing.

Sesuai dihidangkan bersama Spaghetti Carbonara, AglioOlio, Pizza, Sandwich & makan dimakan begitu saja!











Khayr Beef Bacon @ Beef Slice ini dijual dengan harga RM20.00 dengan berat 250gm satu pek.





No comments:

Post a Comment